TAMADUN MESIR

PMesir.gif (303206 bytes)

Tamadun Purba Mesir k.3100-1075 SM : Salah satu tamadun yang kekal lama,
yang bergantung kepada kesuburan tanah sekitar Sungai Nil yang panjang

Lokasi : Bermula di sekitar Sungai Nil.

Wujud sekitar tahun 3100 S.M. setelah Raja Menes menyatukan perkampungan-perkampungan di daerah utara dan selatan Mesir. Selanjutnya muncul kota-kota seperti Memphis dan Thebes. Pemerintahnya dikenali Firaun dengan masyrakat Mesir disusunlapiskan kepada golongan pemerintah, golongan pertengahan, golongan petani dan golongan hamba.

firaun.TIF (272350 bytes)

Bahasa dengan tulisan berbentuk gambar (Hierroglif) dicipta oleh para pendeta. Tulisan ini mula ditafsir oleh Champollion yang mengkaji Batu Rosetta.

Masyarakat Mesir mahir dalam bidang teknologi dengan kemajuan dicapai dalam pengkajian astronomi, penciptaan takwim dan pengajian matematik. Kehebatan seni bina dan kejuruteraan Mesir dapat dilihat dalam struktur-struktur seperti piramid, obelisk dan sphinx.

Dalam bidang seni dan sastera pula, keagungan seni ular Mesir terbukti dengan wujudnya ukiran-ukiran patung daripada batu, contohnya patung Ramses II di kuil Abu Simbel. Nasihat-nasihat Ptah-hotep pula menjadi sumber ilham kesusasteraan Mesir.

Dari segi kepercayaan pula, masyarakat Mesir percaya bahaw alam dikuasai tuhan atau dewa-dewi antaranya Amon-Re(Matahari), Isis(Bulan) dan Osiris(Sungai Nil). Semangat tanaman dan binatang juga dipuja, contohnya Bast(Tuhan Kucing). Orang Mesir percaya juga konsep hidup semula di akhirat selepas seseorang mati. Mereka yang meninggal dimumiakan, mumia bangsaan dan firaun disimpan di dalam piramid bersama dengan harta mereka.

mumia2.jpg (19478 bytes)

 

Next page