TAMADUAN AWAL MANUSIA

Pict0001.gif (208622 bytes)

Tamadun dunia terawal K.3500-1500 SM : Mesopotamia, Mesir, Crete, Indus dan Shang




1. Revolusi Petanian yang tercetus pada Zaman Neolitik iaitu di sekitar tahun 3500 S.M.
    membawa kepada munculnya masyarakat yang bertamadun.

2. Tamadun-tamadun awal bermula di sekitar Lembah-lembah sungai kerana wujudnya
    keadaan-keadaan yang sesuai untuk kegiatan Pertanian dan sungai penting untuk
    kegiatan harian manusia.

3. Antara ciri-ciri penting yang membuktikan sesuatu masyarakat sudah mencapai tahap
    ketamadunan adalah :
    (a) Bandar dan kota
    (b) Bahasa dan tulisan
    (c) Organisasi sosial
    (d) Teknologi
    (e) Agama kepercayaan
    (f) Kerajaan dan pentadbiran
    (g) Sastera dan seni

4. Ciri-ciri ketamadunan jelas wujud di tamadun-tamadun awal yang agung seperti tamadun
    Mesir, Mesopotamia (Sumeria), Indus dan Shang.

5. Apabila sesebuah masyarakat mencapai peringkat ketamadunan yang lebih tinggi maka
    wujudlah ciri-ciri berikut :
    (a) Terbentuknya kerajaan yang kukuh yang biasanya berjaya membina empayar yang luas.
    (b) Memperlihatkan sistem sosial, ekonomi, politik, pentadbiran dan perundangan yang mantap.
    (c) Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, falsafah dan juga kesusteraan.

6. Ciri-ciri tersebut dengan jelasnya wujud dalam tamadun Yunani, Rom, China dan India.

7. Kemunculan agama dan falsafah-falsafah agung merupakan salah satu pencapaian tamadun
    manusia yang penting. Antara agama dan falsafah agung yang sehingga kini mempengaruhi
    kehidupan manusia adalah agama Hindu, Buddha, Kristian dan Islam serta falsafah
    Confucianisme dan Taoisme.