Make your own free website on Tripod.com

SEJARAH

Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek telah dibuka pada 4 Januari 1982. Ia terletak di KM 14, Jalan 11 Bukit Lintang, 75460 Melaka. Pada Peringkat awal, pelajar-pelajar sulungnya terpaksa menunpang belajar pada sebelah petang di Sekolah Kebangsaan Air Molek sehingga 3 Mei 1982. Sekolah ini menempatkan pelajar-pelajar lepasan dari SK Bukit Lintang, SK Paya Dalam, AK Paya Redan, SK Air Molek, SK Seri Bendahara Maharaja, Kandang , SK Tambak Paya, SRJK Cina Tiang Dua dan SRJK Tamil Ladang Bukit Lintang.

 

Sekolah Menengah Air Molek telah dirasmikan oleh YB Saudara Anwar Ibrahim, Bekas Menteri Pelajaran pada 12 Julai 1986.

 

Kini bilangan pelajar dan guru di sekolah ini meningkat setiap tahun. Seramai 73 orang guru dan 16 orang staf sokongan pada tahun 1998. Manakala bilangan pelajar seramai 1425 orang. Namun bagitu masih terdapat pelajar yang tidak boleh membaca. Ketidakhadiran pelajar masih wujud walaupun dalam bilangan yang kecil. Memandangkan bilangan pelajar yang begitu ramai, maka kapasiti pelajar di dalam sebuah bilik darjah amat besar iaitu antara 35 hingga 45 orang.

Pentadbiran

Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek telah diterajui oleh beberapa orang pengetua sejak penubuhannya. Mereka ialah:-

Tn. Hj. Sharif B. Omar 1988 - 1989

Tn. Hj. Salim B. Hj. Tahir 1990 - 1991

Tn. Hj. Nasir B. Jamsari 1991 - 1992

Tn. Hj. Abdul Hamid B. Abdul 1992 - 1994

Tn. Hj. Mazlan B. Abdullah Feb. 1995 - kini

Pn. Mismy Bte. Mohamad Jun. 1999 - kini

 

 Kata Aluan | Sejarah Sekolah | Organisasi Sekolah | Staff | Pekerja |
| Aktiviti Sekolah | Lagu Sekolah | Motto | Bendera | Gambar Sekolah |sekolah siber